Thursday 13 November 2014

Pengemis Cinta


Tuhan,
Aku pandang ke hadapan, kosong sahaja ..
Aku terpandang ke belakang , gelap gelita ..

Tuhan,
saat kekasih bersama kekasih ,
aku tiada siapa ,
akulah pengemis cinta ,
sedang buta mencari yang nyata ,
yang gelap datang meminta ,

Tuhan,
Engkau letakkan aku dalam sengsara,
mengemis cintaMu,
mencari bayangMu,
tetapi hampa seribu kali hampa,
tatkala aku hampiri, aku lagi diuji,
sering aku kejauhan, sampai aku leka,

Tuhan,
Pengemis cinta ini mulai mabuk mencintaiMu,
Sehingga bibir tidak boleh berhenti menyebutMu,
Kapan kita bertemu Tuhan ,
bawalah aku ke dalam jiwa ,
sang Pencinta,
Bawalah aku ke sana agar aku tidak lagi merana ,

Tuhan,
Hampiri aku,
peluklah aku dengan CintaMu sehingga aku mulai hilang dari khayalan,
Mereka bersama kekasih,
dan si pengemis ini hanya mahu bersamaMu.

0 comments:

Post a Comment

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
My life is beginning with Allah, and ending with Him :)

Followers

Supports Team

Template By: CucurKodok
Big helped: Rimo Afimo
Edited: Buboo

Geng Suara Besar



The Lagu :)