Saturday 28 February 2015

Kekasihku Izzat.

Duhai kekasih,
Bertubi-tubi Kalam dikeluarkan,
katakan si kerdil sedang derhaka,
Tetapi, diri masih buta, kelam,
katakan aku belum lagi binasa.

Duhai kekasih,
kerana Cinta aku taat setia,
Menunggu sisa waktu yang kapan bila,
Semakin aku menyendiri,
semakin aku sepi ,
semakin aku pilu,
semakin aku rindu.

Duhai kekasih,
Pujangga apa si derhaka katakan,
Jika hanya bijak bermadah TauhidMu,
Tetapi maksiat masih membelenggu,
Di mana hilang segala ketakutan,
yang tinggal hanya kecurangan..

Ya Tuhanku,
Aku mendengar Sang Alam menjerit,
masuk ke kalbu, sangatlah perit.
Binasalah tuan, binasalah diri..
sampailah penat aku berlari..

Duhai Kekasih,
kerana cintamu aku mendekat,
kerana cintamu aku terikat,
ikatan kasih bersama Tuhan,
takkan aku cemarkan lagi dengan kemaksiatan,

Duhai Kekasih,
aku sedang menjerit hampa,
ampun dan maaf semuaku pinta,
hukumlah aku dengan sekaliannya,
agar aku tidak lagi menderhaka,

Sang Kekasihku,
Aku malu  denganmu,
sekalian mengangkat pandangan pada seluruhNya,
sudah aku tidak termampu,
Mereka memandang aku dengan kemurkaan,
sehingga silau mataku menjangkau buta..

Sang Kekasihku,
dengarlah aku mencintaimu,
dari pelusuk hatiku yang paling sayu,
rayuan sukmaku membuatkan aku sepi,
sepi mencari DIRI SENDIRI :')



Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
My life is beginning with Allah, and ending with Him :)

Followers

Supports Team

Template By: CucurKodok
Big helped: Rimo Afimo
Edited: Buboo

Geng Suara Besar



The Lagu :)