Sunday 26 October 2014

SIAPA YANG LEBIH MENCINTAI AKU SEISI LANGIT DAN BUMI ?

"KATAKAN ! siapa yang mencintaiku melebihi seisi langit dan bumi ?"

"Katanya Rasulullah SAW mencintaimu terdahulu dari kami semua."

"Bagaimana Rasulullah mencintaiku sedangkan Rasulullah tidak pernah kenal aku dan melihatku ?"

"Siapa kata yang Rasulullah tidak mengenal umatnya ? Bermulanya selawat, Rasulullah langsung kenal umatnya. Mana ada manusia yg lebih dahulu mencintai umatnya, sebelum umatnya dilahirkan? Ketika mana Rasulullah SAW mikraj ke langit, Rasulullah dibukakan hijab tentang Syurga dan Neraka. Saat Rasulullah SAW melihat neraka, bermacam-macam azab ditimpakan kepada manusia. Ia sangatlah ngeri sehingga menaikkan rasa takut Rasulullah jika ia ditimpakan ke atas umatnya. Perkara yang paling menyedihkan Rasulullah SAW pabila pengakhiran hidup manusia itu kesudahannya ke Neraka. Lalu, selepas itu setiap malam Rasulullah SAW bermunajat pada Allah SWT supaya diampunkan dosa umat-umatnya. Rasulullah SAW melihat seorang yahudi mati pun, baginda turut berdukacita. Atas dasar apa ? Sahabat-sahabat Rasulullah pelik kenapa Rasulullah harus bersedih sedangkan mereka itu kafir, lalu para sahabat tanyakan soalan. Yang Rasulullah SAW inginkan manusia hidup dalam beriman, dan mati jua dalam keadaan beriman."


Begitu mulianya kasih sayang baginda Rasulullah SAW kepada umatnya sehinggakan sanggup menghabiskan air mata hanya kerana menangis takutkan umatnya ke neraka Allah SWT. Di mana posisi kita sebagai umat ? Sedangkan Rasulullah SAW sudah terdahulu membela kita semasa baginda masih hidup, dan memintanya untuk melindungi umatnya sesudah baginda wafat ?

Manusia tidak ada yang sempurna, tidak ada yang maksum kecuali baginda Rasulullah SAW. Acapkali berbuat dosa, lalu pulang untuk bertaubat. Lakukan lagi, dan bertaubat. Sekali lagi jatuh, dan bertaubat.

Ada yang bertanyakan soalan, bahawa sudah malu lagi untuk memohon ampun pada Allah, sudah banyak kali aku bertaubat , tetapi aku masih lagi lakukan dosa lama. Allah SWT itu sifatnya bukan makhluk, jika manusia, engkau meminta sebanyak mana, engkau bertanyakan sebanyak mana, manusia mudah marah, tetapi Allah itu TIDAK SAMA SEKALI. Allah bukakan pintu taubat seluasnya, memberi rahmatnya ke atas engkau. Maka, jadilah engkau manusia yang tahu untuk bersyukur.

jadi, soalan seterusnya "apa Allah mencintaiku?"

duhai sayang, jika Allah tidak mencintaimu, dia tidak akan mengilhami hatimu untuk mengingatiNya. Rasailah kenikmatan yang Dia kurniakan padamu. Kerana semasa mengingati Allah itu adalah tanda Allah SWT sedang mengingati kita. Dengarlah, Allah rindukan tangisan menyeru, memanggil2 namanya :')


Nukilan dari si fakir lagi hina si SAMPAH DUNIA.

0 comments:

Post a Comment

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
My life is beginning with Allah, and ending with Him :)

Followers

Supports Team

Template By: CucurKodok
Big helped: Rimo Afimo
Edited: Buboo

Geng Suara Besar



The Lagu :)