Sunday 6 April 2014

MIMPI YANG MENGINSAFKAN

Assalamualaikum WBT ..
Ana hamba yang jahil , lagi hina. Manusia yang tak pernah lari dari membuat dosa serta keburukan. Manusia yang kosong di dunia. Semuanya pinjaman semata-2. Hidup ana sama seperti kamu semua. Tidak ada yang istimewa melainkan keistimewaan itu kurniaan dari Allah SWT. Alhamdulillah. 

Malam itu, seperti malam2 biasa , seusai membaca doa, ana tidur dalam keadaan yang tenang. Dengan izin Allah, ana mimpi seolah2 ana berada di dalam satu tempat kelam. Ana berseorangan. Berjalan ke hadapan mencari sesiapa yang ana kenal. Di hadapan sana, terlihat beberapa kujur badan sedang meminta pertolongan. 
" Tolong aku, selamatkan aku". Terngiang2 suara wanita yang tidak mengenakan apa2 pada tubuhnya walaupun seurat benang. Di sebelah kirinya , sekujur tubuh yang nyawanya seolah2 ditarik , bunyinya seperti lembu yang disembelih. Dan ada yang menjerit, "ALLAHUAKHBAR !! AMPUNKAN AKU YA ALLAH. AMPUNKAN DOSAKU." Ana hanya mampu melihat, memandang dia dengan penuh kasihan. Dan mayat2 lain hanyalah terdampar bergelimpangan. Jadi, hati tertanya. Dosa apa yang mereka lakukan sehingga mereka diazab. Ana menangis tiada siapa yang dengar, ana dapat rasakan bahang panasnya tatkala terkaku di situ.

Tiba2 suasana kelam , ana terdengar suara ana dipanggil kuat sampai boleh memecahkan gegendang telinga. "Sekarang giliranmu !! Ainun Jamilah binti Khalid" 
gemanya suara itu hanya Allah yang tahu. Ditarik kedua bahagian lenganku oleh dua makhluk membawa ana ke satu tempat. Ana menangis , dan katakan .. Tidak ! Aku belum bersedia. Tangisan ana seolah2 dah tak membawa makna apa-2. Ana mohon, merintih. Tapi sia-2. Tiada siapa pun yang nampak permohonan ana. Sampai di satu tempat, kelam. Ana ternampak satu lubang besar. Bahangnya dapat ana rasa. Ana tarik kedua belah tangan ana. Lantas, ana bersujud, ''Allah, aku bertaubat ya ALLAH, berikan aku peluang untuk tebus perbuatanku. Allah, ampunkan aku. Ampunkan dosaku, terimalah taubatku". 

Mungkin Allah mendengar apa kata hati ana. Ana terjaga dari mimpi dan bercucuran peluh keluar dari tubuh ana. Air mata berguguran laju mengenangkan dosa. Apa yang aku lakukan di dunia ?

Adik .. Dunia ini sementara  , pinjaman. Yang kita kejarkan, amal dan kebaikan. Itu yang nak dibawa pulang ke "kampung halaman". Peringatan Allah melalui mimpi , itu sudah cukup buat ana. Mungkin ini amaran. Dan mungkin ramai yang akan kata , ana menipu, tapi percayalah. Kita tidak tahu dari mana Allah mahu sedarkan kita. Coretan kali ini, ana titipkan sedikit nasihat dari As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin .. kepada PUTERI2NYA :) (kita) :


0 comments:

Post a Comment

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
My life is beginning with Allah, and ending with Him :)

Followers

Supports Team

Template By: CucurKodok
Big helped: Rimo Afimo
Edited: Buboo

Geng Suara Besar



The Lagu :)