Saturday, 10 August 2013

Gadis Kecil Di Pinggir Gaza

Aku tertanya2 , kemana umat Islam semasa saudara seislam yang lain sedang memperjuangkan atau mempertaruhkan nyawa demi AGAMA tercinta ..

Sedang anak kecil yang tidak tahu apa2 merintih sayu kehilangan ibu ayah mereka ..
Sedang si ibu menangis kerana pemergian anak lelaki mereka ..
Sedang ayah menangis tatkala meninggalkan keluarga mereka ..
sedang si kakak menangis menangisi adik syahid di depan mata ..
sedang si abang merintih melihat adik menderita .. 

TAPI ! sedang manusia di SINI hidup penuh dengan ALPA :)
berbeza .. dan sangat berbeza ...
SEBAK bila gadis Palestin ucap sesuatu pada artis kita ( Heliza Helmi )

"Malaysia diuji dengan hiburan , makin jauh dari Allah , sedang kami diuji dengan perang , esok bakal syahid."

GADIS KECIL DI PINGGIR GAZA :)

Semalam aku telah piatu
ayah tempat bermanja
ibu teman bermesra
tanpa dosa tanpa kata
kemanusiaan musnah segala

Sambil aku menunggu
ayah pulang menjamah
juadah tengah hari
sajian istimewa ibu
siap sedia menanti
salad maza dan syineena

Tiba-tiba di muka pintu
tubuh wajah ayah
merah simbah berdarah
kesan roket peluru
kejam zionis tuhan yang tahu
membunuh ayah di hadapanku

Meluru ibu mahu mendakap
tembakan pun bertubi-tubi
rebah ibu ke bumi
layu terkulai sepi
tanpa dapat menggapai
tubuh ayah dikasihi
Begitulah cebisan hari
gadis kecil di pinggir gaza
lumpuh tidak berdaya
suatu waktu dahulu
dihujani peluru tubuh kecilku
angkara yahudi tidak berperi

Aku hanya menyimpan impian
keamanan dan kasih sayang
saban hari dengan ayah ibu
membilang serpihan waktu
di kem shati kami menghuni
setelah berduka kehilangan
adikku iyad dan tamer
yang baru bergelak ketawa

Hari ini di gubuk usang
yang baru kami diami
titis-titis darah dan air mata
telah menyaksikan tragedi
menimpaku gadis kecil lumpuh
bernama  tasneem al-nahl
tiga belas tahun usiaku
di pinggir gaza yang kelabu!

Dr. Rajiee Hadi 

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
My life is beginning with Allah, and ending with Him :)

Followers

Supports Team

Template By: CucurKodok
Big helped: Rimo Afimo
Edited: Buboo

Geng Suara Besar



The Lagu :)